Kaunter Kad Pengenalan di semua ibu pejabat JPN dibuka pada 9 Mei

KUALA LUMPUR, 2 Mei : Kaunter bahagian Kad Pengenalan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya dan ibu pejabat JPN negeri di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa pada Rabu, 9 Mei 2018.

 

Menurut kenyataan JPN hari ini, untuk sebarang pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat di talian 03-88807077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

 

Kerajaan sebelum ini mengumumkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14.

 

Berita selanjutnya