Jenama haiwan peliharaan Malaysia diiktiraf sebagai ‘jenama terbaik’ di World Branding Awards

KUALA LUMPUR, 4 Julai : Jenama haiwan peliharaan Malaysia diiktiraf sebagai ‘Jenama Terbaik’ dalam edisi Animalis di World Branding Awards baru-baru ini, yang diadakan di Hofburg Palace, Vienna.

 

Pemenang peringkat kebangsaan dari Malaysia termasuklah MSIG (Pet Insurance), PetAir Malaysia (Animal Travel Services – Relocation) dan Powercat (Cat Food – Dry/Kibble).

 

Anugerah itu dianjurkan oleh World Branding Forum dan edisi Animalis memberi tumpuan kepada jenama haiwan dan haiwan peliharaan.

 

Pemenang dinilai melalui tiga saluran — penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna dan undian dalam talian awam.

 

Pengarah Urusan forum itu, Julian Andersen berkata lebih 95,000 pencinta haiwan dan haiwan peliharaan di seluruh dunia mengundi lebih daripada 1,000 jenama.

 

“Persaingan adalah sengit. Jenama yang baik perlu menawarkan pengalaman yang bermakna kepada pelanggan mereka, selain kekal relevan dan tersendiri.”

 

Animal Planet, BuddyRest, FRONTLINE, FURminator, KONG, ORIJEN, Pedigree, Petplan, PURINA Friskies, Tetra dan Whiskas diumumkan sebagai pemenang global.

Berita selanjutnya