Samsung lancar jam Galaxy Watch Active2

KUALA LUMPUR, 8 Ogos : Samsung Electronics Co., Ltd. (Samsung) melancarkan jam pintar Galaxy Watch Active2, edisi terkini portfolio jam pintar Galaxy.

 

Sebagai sebahagian daripada keluarga Galaxy, Galaxy Watch Active2 direka dengan ciri-ciri baharu dan intuitif untuk disesuaikan dengan gaya hidup peribadi pengguna, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan serta kehidupan lebih lancar dan terhubung.

 

Samsung dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata Galaxy Watch Active2 membolehkan pemiliknya menjalani kehidupan lebih baik menerusi perubahan kecil yang bermakna setiap hari — bermula dengan mencapai matlamat kesejahteraan seperti tidur, kecergasan dan pengurusan tekanan sehinggalah menyelesaikan tugasan dengan berkesan.

 

“Menerusi Galaxy Watch Active2, kami menghasilkan peranti yang membolehkan pengguna mengawal kesihatan dan kesejahteraan dengan lancar dan dihubungkan ke ekosistem Samsung Galaxy agar memudahkan kehidupan,” menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics, DJ Koh.

 

Galaxy Watch Active2 didatangkan dalam dua saiz – dengan diameter 44mm dan 40mm – serta dua gaya: aluminium ringan dengan Fluoroelastomer (FKM) Band dan keluli tahan karat pepejal premium bersama tali kulit.

 

Jam pintar tersebut boleh disesuaikan dengan pelbagai pilihan tali dan permukaan jam yang bergaya.

 

Galaxy Watch Active2 ditambah baik dengan bezel berputar yang sinonim dengan Samsung – dan ditukar kepada digital supaya lebih selesa untuk memandu arah sambil memaksimumkan saiz skrin.

 

“Menerusi skrin Super AMOLED yang menarik, bezel sentuhan berputar itu boleh ditukar sama ada dengan mengikut arah jam atau berlawanan jam supaya pengguna lebih mudah memilih aplikasi kegemaran. Selain itu, One UI yang ditambah baik menawarkan pengalaman mudah, jelas dan semula jadi kepada pengguna untuk memandu arah,” katanya.

 

Galaxy Watch Active2 juga berfungsi sebagai panduan kepada pengguna untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan, menyediakan ciri-ciri yang membantu pengguna memilih gaya hidup yang positif dalam diet, senaman, kesihatan mental, tidur dan sebagainya.

 

Untuk tujuan senaman, misalnya, jam pintar ini secara manual boleh menjejak lebih 39 jenis senaman dengan tujuh daripadanya diaktifkan secara automatik seperti larian, berjalan, berbasikal, berenang, mesin gerak kayuh, mesin elips dan senaman dinamik.

 

Sebagai sebahagian daripada keluarga Galaxy, Galaxy Watch Active2 menawarkan ekosistem terbaik Samsung Galaxy terhadap jam pintar itu kepada sesiapa yang ingin melakukan kesemuanya.

 

Untuk makluman lanjut, layari news.samsung.com/my.

 

Berita selanjutnya