Bacaan ipu di ilp miri masih di tahap bahaya

KUCHING, 14 Ogos: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, masih berada di tahap bahaya pada 364, setakat pukul 4 petang.

 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan bahawa berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di SK Kuala Baram 2 dan Sri Aman kini berada dalam tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 271 dan 243, manakala bacaan IPU di Miri berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan 131.

 

Sementara itu, di kawasan-kawasan lain menunjukkan bacaan IPU sederhana iaitu Limbang dengan bacaan 63, Samalaju (73), Bintulu (71), Mukah (63), Kapit (60), Sibu (64), Sarikei (64), Samarahan (72) dan Kuching (74).

 

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.

 

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

Berita selanjutnya