Lelaki maut tertusuk besi cerucuk konkrit

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Seorang lelaki Bangladesh ditemukan maut dengan perutnya tertusuk sebatang besi cerucuk konkrit di kawasan pembinaan di perkarangan depan Pantai Medical Centre (PMC), Jalan Pantai Baru, di sini hari ini.

 

Lelaki yang dikenali sebagai Hoque Ayna, 41, pekerja binaan mati di tempat kejadian.

 

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur kejadian dilapor pada pukul 1.43 petang ketika lelaki itu melakukan kerja-kerja pemindahan besi cerucuk itu menggunakan kren.

 

Pihak paramedik ambulans dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama pegawai perubatan mengesahkan lelaki itu mati di tempat kejadian.

 

— BERNAMA

Berita selanjutnya