Gamelord anugerah lapan pemenang pertandingan hadiah bernilai RM10,000

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Gamelord, portal permainan mudah alih kompetitif, menganugerahkan hadiah bernilai RM10,000 kepada lapan pemenang utama yang menyertai pertandingan anjurannya.

Pertandingan Gamelord itu berlangsung selama lebih enam bulan bermula dari 19 Jan sehingga 21 Julai, 2019.

 

Sepuluh pengguna utama U Mobile yang menyertai dengan skor tertinggi disenaraipendekkan, dengan pemenang kemudiannya diputuskan dalam kejohanan permainan secara langsung selama sejam, kata U Mobile Gamelord dalam satu kenyataan.

 

Mohd Farhan Hassin dipilih sebagai pemenang utama dan membawa pulang hadiah telefon bimbit Samsung Galaxy Note 9 128GB diikuti Muhammad Zairaih Mohd di tempat kedua, yang memenangi  telefon bimbit Huawei P30, manakala Muhammad Nazir Basri meraih tempat ketiga dengan hadiah telefon bimbit Samsung Galaxy A50.

 

Sementara itu, finalis di tempat keempat sehingga kelapan memenangi baucar AEON bernilai RM300 setiap seorang.

 

Kejohanan Gamelord seterusnya telahpun bermula dengan permainan baharu, yang akan berlangsung selama enam bulan. Pemain yang berminat boleh memuat naik skor tinggi mereka ke papan skor Gamelord.

 

U Mobile Gamelord adalah portal yang mengadakan kejohanan permainan mudah alih secara tetap dan eksklusif kepada pengguna U Mobile. Maklumat lanjut mengenainya boleh didapatkan di http://www.gamelord.my/.

 

Berita selanjutnya