Peniaga maut dihempap dahan pokok di Jitra

ALOR SETAR, 25 Ogos : Seorang peniaga maut selepas dihempap dahan pokok yang patah semasa sedang menunggang motosikal berdekatan persimpangan lampu isyarat Jitra-Kodiang, dekat Jitra, pagi tadi.

 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa Abdul Halim Mat Isa, 47, dari Kampung Pekan, Mukim Kubang Rotan di sini, meninggal dunia kira-kira 4 petang tadi, setelah hampir lima jam menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Jitra (HJ).

 

Katanya, kejadian berlaku pada 11.50 pagi ketika mangsa yang dalam perjalanan dari pekan Jitra menuju bulatan Jitra dihempap dahan pokok yang patah dipercayai akibat angin kuat berserta hujan.

 

“Mangsa dipercayai mengalami  kecederaan di bahagian kepala kemudian dihantar ke HJ untuk menerima rawatan, namun dilaporkan meninggal dunia kira-kira 4 petang tadi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Berita selanjutnya