Teruja kembali dalam skuad negara – Brendan

KUALA LUMPUR, 25 Ogos : Pemain tengah Perak, Brendan Gan melahirkan rasa amat gembira untuk kembali menyertai skuad kebangsaan selepas mengalami kecederaan yang menyebabkan beliau tersisih.

 

Pemain berusia 31 tahun itu mengaku bahawa dipanggil semula untuk beraksi dalam skuad kebangsaan adalah detik yang paling dah kerana beliau sebelumnya menyangka akan meninggalkan bola sepak selepas mengalami kecederaan anterios cruciate ligament (ACL) tiga tahun lepas.

 

“Rasa amat teruja untuk kembali semula dalam skuad. Ia memang sentiasa menjadi penghormatan untuk mewakili negara. Selepas bebas daripada kecederaan dan kembali bersama Perak dan melakukan yang terbaik, untuk saya mendapat peluang kembali bersama skuad kebangsaan.

 

“Sudah tentu sukar. Anda tidak tampil ke sini dan mengambil mudah. Pemain-pemain ini adalah pemain yang hebat dan mereka telah menunjukkan bahawa sepanjang musim ini mereka adalah kelompok pemain yang menakjubkan terutama semasa aksi akhir skuad kebangsaan.

 

“Ia bakal mengharungi kesukaran tetapi saya di sini, saya memberi tumpuan 100 peratus setiap kali saya tampil untuk latihan, setiap kali saya turun ke padang dan itu yang akan saya lakukan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan hari pertama skuad kebangsaan di Stadium Kuala Lumpur hari ini.

 

Brendan adalah sebahagian daripada 27 pemain yang akan menyarung jersi negara pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, berdepan Indonesia pada 5 Sept dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G di Jakarta sebelum bertolak ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) (10 Sept) dan Vietnam (10 Okt).

 

Pemain kelahiran Australia itu juga menyatakan kegembiraannya dan berkata dia tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe untuk kali pertama dan berjanji  pasukannya akan memberikan yang terbaik.

 

“Ia lebih manis (apabila kembali beraksi dalam skuad kebangsaan). Jelas kecederaan yang dialami ketika menentang Indonesia pada kali terakhir memaksa saya berehat selama tiga tahun  tetapi sekarang saya kembali semula dalam skuad negara dan sejali lagi akan mewakili Malaysia.

 

“Saya selaku fikir dan ini mungkin penghujung dalam kerjaya saya. Saya fikir sesiapa yang mengalami kecederaan ACL tentu berfikir demikian tetapi keluarga dan rakan-rakan membveri semangat kepada saya dan sudah tu saya perlu mengambil langkah setapak demi setapak pada masa itu.

 

“Untuk kembali bersama skuad Perak dan beraksi semula, adalah detik yang cukup menggembirakan dan berada di sini adalah satu galakan kepada saya dan saya tidak mengambil mudah,” katanya.

 

Kali terakhir Brendan menyarung jersi negara ialah pada September 2016 di bawah ketua jurulatih Datuk Ong Kim Sweeapabila turun dalam aksi persahabatan menentang Indonesia.

 

Bagaimanapun, beliau mengalami ACL dan memaksanya berehat untuk seketika.  Ini merupakan kecederaan ACL kedua yang dialaminya selepas kecederaan pada lutut kanan semasa aksi pertama musim Liga Super 2015.

 

Beliau kembali beraksi dalam bola sepak apabila mengikat kontrak dengan Perak tahun lepas.  Selepas tiga tahun, Brendan kembali bersama skuad kebangsaan dan menaruh harapan untuk memberikan yang terbaik di kem latihan.

 

Berita selanjutnya