Gandingan Yiwei, Tze Liang gagal tempah slot ke Olimpik 2020

KUALA LUMPUR, 7 Sept : Peluang untuk dua penerjun negara menempah slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian tahun ini kerana tidak salah seorang pun daripada mereka berjaya meraih emas dalam acara 3 m papan anjal lelaki pada kejohanan renang Piala Asia 2019 di sini hari ini.

 

Walaupun ketiadaan penerjun dari China, Chew Yiwei dan Ooi Tze Liang hanya mampu memperoleh, masing-masing pingat perak dan gangsa. Penerjun dari Jepun, Ken Terauchi merangkul emas.

 

Yiwei berkata kegagalan meraih emas dalam acara tersebut menyebabkan beliau kecewa kerana dia telah membuat persediaan bagi program latihan dua bulan lebih awal sebelum kejohanan tetapi ia tidak seperti di rancang.

 

“Kerana kecederaan, saya melatih dengan berasa sedikit kesakitan. Saya sangat kecewa kerana saya telah banyak berusaha untuk itu. Tetapi ia bukan kerana kecederaan saya, kerana saya fikir saya menguruskannya (kecederaan) dengan baik.

 

“Ia disebabkan kecelaruan dalam terjunan kelima. Ia adalah salah satu daripada terjunan paling mudah, dan saya hanya hilang tumpuan. Itu menyebabkan kita gagal dapat slot ke Olimpik,” kata beliau kepada pemberita di Pusat Akuatik Nasional hari ini.

 

Bagaimanapun, Yiwei berkata dia yakin dapat menempah slot itu semula pada Piala Dunia Terjun FINA 2020 di Tokyo, hanya beberapa bulan sebelum Olimpik 2020.

 

“Peluang tinggal di Piala Dunia tetapi saya dapat melihat bahawa negara-negara Asia bersaing rapat dalam standard, Malaysia boleh melakukannya,” kata pemain kelahiran Selangor berusia 23 tahun itu.

 

Terauchi mengumpul 426.10 mata untuk meletakan dirinya sebagai pemenang sementara Yiwei dan Tze Liang, masing-masing 409.05 mata dan 408.75 mata.

 

Tahun lepas gadingan dsari Jepun, Terauchi-Sho Sakai menewaskan Yiwei-Tze Liang bagi pingat gangsa dalam acara final 3 m papan anjal seirama pada Sukan Asia di Jakarta-Palembang.

 

Bagi Piala Asia, pemenang individu,masing-masing acara 3 meter papan anjal lelaki dan wanita serta 10 meter platform akan memperoleh slot untuk layak ke sukan Olimpik Tokyo.

 

Setakat ini, tiga penerjun negara iaitu Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee dan Wendy Ng Yan Yee, telah layak untuk sukan yang paling dinanti-nantikan itu.

 

Dalam pada itu, skuad terjun telah[pun meletakkan harapan mereka kepada Nur Dhabitah Sabri untuk memenangi acara 3m papan anjal individu wanita esok.

Berita selanjutnya