Persatuan Hokkien Klang anjur Festival Tanglung Perpaduan 2019

KLANG, 9 Sept : Persatuan Hokkien Klang akan menganjurkan Festival Perpaduan Tanglung Cina 2019 di dewan persatuan itu di sini pada Jumaat (13 Sept).

 

Pengerusi Persatuan Hokkien Klang, Soo Hak Min berkata di festival berkenaan, para pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan melibatkan pelbagai kaum di negara antaranya tarian zapin, tarian tradisional masyarakat India, tarian tanglung dan persembahan 24 musim rebana.

 

“Festival yang bakal berlangsung pada pukul 7 petang sehingga 10.30 malam ini bakal menjadi satu acara untuk memperlihatkan perpaduan antara kaum-kaum yang ada di negara ini, walaupun kita sudah menganjurkan festival ini sejak 30 tahun lepas, kami dapati penyertaan dari kaum lain masih lagi kurang.

 

Soo berkata di festival itu juga pihaknya akan memberikan kek bulan  percuma serta  menyediakan pelbagai jenis permainan dan kira-kira 1,000 tanglung tradisional  percuma kepada hadirin yang hadir, mereka juga boleh turut serta dalam perarakan tanglung yang akan diadakan di kawasan luar dewan ini,” katanya.

 

Berita selanjutnya