Johan Setia Klang kekal IPU lebih 200

KUALA LUMPUR, 12 Sept : Johan Setia Klang, Selangor kekal sebagai satu-satunya kawasan di Semenanjung mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 atau sangat tidak sihat, pagi ini.

 

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga 9 pagi ini, kawasan itu merekodkan bacaan 219 berbanding 198, awal pagi tadi.

 

Sebanyak lima kawasan di Selangor mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Shah Alam (157), Petaling Jaya (153), Klang (150), Banting (132) dan Kuala Selangor (140).

 

Turut merekod bacaan IPU tidak sihat ialah Batu Muda (144) dan Cheras, Kuala Lumpur ( 127); Putrajaya (128); Nilai, Negeri Sembilan (127); Tangkak, Johor (110);  Jerantut, Pahang (115) dan  Sri Aman, Sarawak (160).

 

Kawasan lain dengan kualiti udara tidak sihat ialah Minden (103) dan Balik Pulau (128) di Pulau Pinang serta Tasik Ipoh (103) dan Seri Manjung (140) di Perak.

 

Sementara itu, sebanyak 51 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatat bacaan IPU sederhana.

 

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

 

Berita selanjutnya