SpaceX lancar kapal angkasa Starship enam bulan lagi

WASHINGTON, 30 Sept : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk, berkata roket Starship, generasi baharu syarikat angkasa lepas itu dijangka dilancarkan ke orbit dalam tempoh enam bulan lagi, lapor agensi berita Xinhua.

 

Musk berkata demikian pada pelancaran prototaip Starship seberat 200-tan, di Texas pada Sabtu malam menurut laman web SpaceX.

 

SpaceX sebelum ini telah melengkapkan dua penerbangan pada altitud rendah.

 

Dalam satu atau dua bulan akan datang, Starship Mk1 bakal menjalani ujian penerbangan pertama pada ketinggian kira-kira 65,000 kaki (19,812 meter) disusuli dengan Starship Mk2.

 

Musk juga yakin SpaceX boleh membawa penumpang dalam penerbangan ujiannya seawal tahun depan.

 

Starship setinggi 118 meter itu akan membuat penghantaran kargo dan orang, untuk membina stesen di bulan dan Marikh. Ia berupaya membawa seramai 100 penumpang dalam penerbangan jangka panjang dan penerbangan antara planet, menurut SpaceX.

 

Berita selanjutnya