Lihat cara ikan pari dan ikan jerung diberi makan di Ray Arena Langkawi

LANGKAWI, 7 Okt : Pengunjung Underwater World Langkawi (UWL) kini berpeluang melihat secara dekat bagaimana ikan pari  dan ikan jerung diberi makan oleh kakitangan terlatih di lokasi tarikan pelancong itu menerusi Ray Arena,  yang dirasmikan pada Sabtu (5 Okt).

 

Ray Arena merupakan sebuah tangki sebesar 800 kaki persegi menempatkan empat spesies ikan pari bersama dua spesies ikan jerung.

 

Bercakap kepada Bernama, Timbalan Pengurus Besar UWL Nurzairul Izwan Abd Razak berkata Ray Arena memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat ikan pari  dan ikan jerung secara lebih dekat.

 

“Ray Arena menempatkan 20 ekor  ikan pari dari spesies ‘Spotted Eagle Ray’, ‘Blue Spotted Stingray,’ ‘Leopard Stingray’ dan ‘Cownose Stingray’ masing-masing bersaiz satu hingga 1.5meter lebar. Di dalam tangki tersebut akan turut diletakkan 15 ekor ikan jerung dari spesies ‘Leopard shark’ dan ‘Cat shark’ bersaiz tiga hingga lima meter.

 

“Ikan pari dan jerung di dalam tangki tersebut akan diberi makan dua kali sehari iaitu pada jam 7.30 pagi dan 2.30 petang. Jadi pengunjung yang datang berpeluang melihat sendiri sekaligus menambah keterujaan mereka,” katanya.

 

Nurzairul Izwan beliau yakin Ray Arena  akan menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke UWL.

 

“Insha Allah pasti ramai akan menyukai Ray Arena ini kerana ikan pari agak comel dan dalam filem Moana terbitan Walt Disney Animation Studios ikan pari spesies Manta Ray menjadi tarikan utama,” katanya.

 

Berita selanjutnya