Pizza Hut perkenal Black Volcano Pizza

KUALA LUMPUR, 8 Okt :  Pizza Hut Malaysia memperkenalkan pizza edisi terhad baharunya – Black Volcano Pizza – yang boleh didapati mulai hari ini hingga 31 Dis, 2019, di lebih 400 cawangan di seluruh negara.

 

 

Ketua Pegawai Pemasaran Jean Ler berkata pizza itu merupakan adunan pizza berwarna hitam yang pertama di Malaysia.

 

“Selama 37 tahun beroperasi di Malaysia, Pizza Hut Malaysia sentiasa memberi tumpuan kepada generasi muda. Oleh itu, kami perlu mempunyai lebih banyak inovasi dalam produk kami,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Black Volcano Pizza di sini hari ini.

 

Menurut Ler, setiap proses penyelidikan dan pembangunan pizza baharu akan mengambil masa lebih sembilan bulan untuk disiapkan.

 

“Lebih banyak produk inovatif akan diperkenalkan pada masa depan,” katanya, sambil menjangka Black Volcano Pizza akan mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai.

Berita selanjutnya