Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

BACHOK, 16 Okt : Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu mengubahsuai program yang ditawarkan di pusat pendidikan masing-masing agar selaras dengan permintaan industri bagi mengurangkan kadar pengangguran graduan.

 

Naib Canselor Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata IPT perlu bijak dalam menyuntik elemen-elemen tambahan dalam kurikulum program yang ditawarkan agar graduan yang dihasilkan mereka mempunyai banyak kemahiran.

 

“Contohnya kalau pelajar dalam bidang Pengajian Islam, mereka perlu mengetahui sedikit ilmu sains, biologi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Bernama di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok di sini, hari ini.

 

Beliau berkata UMK turut berpendapat agar program yang dirasakan kurang sesuai ditawarkan pada waktu ini perlu dijumudkan terlebih dahulu.

 

“Sebagai contoh, jika dilihat dua tiga tahun lepas ada permintaan besar terhadap graduan dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam, jadi universiti mula menawarkan program berkenaan namun ia menjadi sebaliknya,” katanya.

 

Azizi berkata kelemahan graduan dalam aspek komunikasi terutama penggunaan Bahasa Inggeris selain pemikiran kritis turut menyumbang kepada kadar pengangguran graduan ketika ini.

 

Berita selanjutnya