Langgar hak paten, LG saman Hisense

SEOUL, 5 Nov : Pengeluar kelengkapan elektronik Korea Selatan, LG Electronics Inc. pada Selasa memfailkan saman pelanggaran paten terhadap syarikat Hisense dari China, lapor agensi berita Yonhap.

 

LG berkata saman itu difailkan terhadap Hisense di China dan cawangannya di Amerika Syarikat, di sebuah mahkamah daerah di California.

 

Pembuat televisyen nombor dua dunia itu mendakwa kebanyakan televisyen keluaran syarikat itu yang dijual di AS melanggar hak patennya.

 

Hisense merupakan pengeluar televisyen keempat terbesar dunia.

Berita selanjutnya