Zaqhwan pelumba Honda Asia Dream Racing with Showa bagi saingan Sepang 8 Hours

KUALA LUMPUR, 5 Nov : Penunggang dari Malaysia Zaqhwan Zaidi akan ditampilkan dalam pasukan Honda Asia Dream Racing with Showa, dari kelompok 10 pasukan terbaik perlumbaan Suzuka 8 Hours; dalam saingan Sepang 8 Hours di Litar Antarabangsa Sepang dari 13 sehingga 15 Disember ini.

 

 

Perlumbaan Sepang 8 Hours merupakan pertandingan baharu dalam kalender FIM Endurance World Championship (EWC) yang menjadi medan acara kelayakan bagi kemuncak saingan Suzuka Grand.

 

Pelumba berumur 24 tahun itu merupakan pelumba nombor satu pasukan berkenaan sejak 2016 dalam kelas ASB1000 (Superbike) dalam FIM Asia Road Racing Championship (ARRC).

 

Menurut kenyataan dari FIM, Zaqhwan akan berlumba di samping penunggang dari Indonesia Gerry Salim, yang bersaing dalam Kejohanan Moto2 European Championship, dan juga pelumba Kejohanan Dunia Thai Moto2, Somkiat Chantra.

 

Ini merupakan penampilan ke lima bagi Zaqhwan, pelumba kelahiran Selangor itu, bersama dengan pasukan berkenaan, dan penampilan kali pertama di tempat sendiri bagi kejohanan EWC.

 

 

 

 

Sepang 8 Hours kali ini merupakan pertandingan yang julung kalinya akan berlangsung di musim sejuk, dan kali kedua berlangsung di Asia.

 

Jadual perlumbaan baharu itu adalah hasil penstrukturan semula kalender oleh promoter FIM EWC sejak tahun 2015, Eurosport Events.

 

Sebanyak 50 pasukan, termasuk sesi penuh 36 sesi penuh kemasukan FIM EWC 2019-2020 (21 dalam Formula EWC, 15 dalam Superstock) akan beraksi di trek Malaysia, di samping 12 pasukan Asia yang berusaha untuk melayakkan diri ke saingan Suzuka 8 Hours 2020.

 

Skuad utama adalah Yamaha Sepang Racing, yang membariskan penunggang motosikal MotoGP Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT), bintang dari Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah (Red Bull KTM Tech3) serta keempat keseluruhan dalam Kejohanan Superbike FIM serta empat kali pemenang Suzuka 8 Hours, Michael van der Mark.

 

 

 

Perlumbaan kelas Superstock akan menyaksikan saingan sengit antara Moto Ain, pemenang 2018-2019 World Cup dan pasukan Bol d’Or, serta pasukan dari Jepun Tone RT (BMW).

 

Edisi pertama 8 Hours Sepang yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 14 Disember ini adalah komponen utama dalam acara berkembar baharu dalam sejarah sukan permotoran Asia.

 

Buat julung kalinya Litar Antarabangsa Sepang dan Eurosport Events akan membawa bersama aksi perlumbaan motosikal dan juga kereta pada hujung minggu yang sama, dari spagi sehingga ke malam; yakni saingan 8 Hours Sepang, dan super finale World Touring Car (WTCR) 2019.

Berita selanjutnya