SDP papar kisah pelukis legenda Jepun dalam filem ‘Hokusai’

KUALA LUMPUR, 12 Nov : SDP Inc akan melancarkan ‘HOKUSAI’, sebuah filem yang memaparkan kehidupan pelukis terkenal dunia, Katsushika Hokusai di Jepun, pada awal musim panas tahun depan.

Dalam satu kenyataan, syarikat produksi filem itu berkata ‘HOKUSAI’ juga akan dilancarkan secara berperingkat di seluruh dunia.

Filem itu memaparkan sebuah penceritaan baharu dengan perspektif dan tafsiran unik melalui penggunaan bahan sejarah. Ia menggambarkan pelukis tersebut berdasarkan perjalanan hidupnya bersama dua individu penting, Tsutaya Juzaburo dan Ryutei Tanehiko.

Yuga Yagira memegang watak sebagai Hokusai yang muda dan gelisah sementara Min Tanaka sebagai Hokusai pada usia tua serta dibantu oleh aktor dan aktres berbakat Jepun yang lain.

Hokusai, yang mempengaruhi pelukis barat menerusi karya seni ukiyo-e, memainkan peranan penting dalam ‘Japonism’ di Eropah pada abad ke-19 dan memberi kesan signifikan terhadap seni barat moden.

Beliau  juga antara yang tersenarai sebagai ‘The 100 most important people of the past 1000 years’ oleh majalah ‘Life’. Karya agung beliau, ‘The Great Wave’ telah terjual kira-kira US$1 juta dalam satu lelongan di New York pada 2017. (US$1 = RM4.14)

Tahun hadapan merupakan ulang tahun kelahiran ke-260 Hokusai. Terdapat banyak acara global yang akan mempamerkan budaya masyarakat Jepun, kehidupan Hokusai dan karya seni beliau sebagai ikon Jepun.

Tonton treler ‘HOKUSAI” dalam bahasa Inggeris di https://youtu.be/4moFBUZqswU dan laman web rasmi di https://hokusai2020.com

Berita selanjutnya