Bekas Presiden Korea Selatan Park Geun Hye dihantar semula ke penjara

SEOUL, 3 Dis : Bekas Presiden Park Geun Hye dihantar semula ke pusat tahanan pada Selasa selepas menerima rawatan di hospital selama 78 hari kerana sakit bahu, lapor agensi berita Yonhap memetik Kementerian Kehakiman Korea Selatan.

 

Wanita berusia 67 tahun itu menjalani hukuman penjara pada Mac 2017 berhubung skandal rasuah, menjalani pembedahan kerana sakit bahu di Hospital St Mary’s  di Seoul pada pertengahan September dan dirawat di bilik VIP.

 

Menurut pihak hospital pembedahan berjalan lancar dan beliau telah pulih.

 

Park dibawa ke Pusat Tahanan Seoul berhampiran Seoul pada jam 1.45 petang, kata Kementerian Kehakiman.

 

“Kami mempertimbang faktor termasuk pendapat doktornya,” kata seorang pegawai kementerian.

 

Kira-kira 10 penyokong turut berada di hospital untuk mengiringi beliau dihantar ke pusat tahanan, termasuk Cho Won Jin, pengerusi bersama Parti Republik yang setia kepada bekas pemimpin itu.

 

Park, yang digulingkan pada 2017 selepas berbulan-bulan tercetusnya protes, dihukum penjara selama 32 tahun kerana melakukan rasuah, salah guna kuasa dan melanggar undang-undang pilihan raya.

 

Pada Ogos, Mahkamah Agung menjatuhi hukuman penjara 25 tahun untuk kesalahaan rasuah. Mahkamah memerintahkan pertuduhan lain dibicarakan secara berasingan, yang boleh menyebabkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas beliau.

 

Pada April dan September Park memfailkan rayuan supaya hukuman mati yang dijatuhi ke atasnya diketepikan kerana penyakit tulang belakang yang dihidapinya, namun kedua-duanya permohonan ditolak pihak pendakwaan.

Berita selanjutnya