Angka korban letupan gunung berapi di New Zealand terus meningkat

WELLINGTON, 12 Dis : Dua orang lagi meninggal dunia dalam tempoh semalaman di hopital susulan letusan gunung berapi di White Island, New Zealand menjadikan angka korban akibat bencana alam itu lapan orang, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis tempatan pada Khamis pagi.

 

“Seorang dirawat di Hospital Middlemore manakala seorang lagi di Hospital Waikato. Polis kekal fokus dalam membantu keluarga mangsa ketika ini,” menurut kenyataan itu.

 

Empat puluh tujuh orang berada di White Island ketika letusan gunung berapi itu berlaku pada Isnin.

 

Polis berkata pada Rabu pagi bahawa letusan gunung berapi itu telah menyebabkan enam kematian dan lapan orang hilang manakala 30 orang dirawat di tujuh hospital di seluruh New Zealand.

 

Dua puluh lima daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Berita selanjutnya