Berita 

Zika: Doktor diminta lebih peka periksa pesakit demam

SEGAMAT, 12 Jun: Para doktor di seluruh negara diminta lebih peka ketika menjalankan pemeriksaan terhadap pesakit yang mengalami gejala demam kerana dikhuatiri mereka juga dijangkiti virus zika.   Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata mereka perlu merujuk kepada institusi perubatan yang mempunyai kebolehan untuk membuat kajian terhadap virus yang dibawa nyamuk itu sekiranya terdapat pesakit yang mempunyai simptom penyakit berkenaan.   "Zika buat masa ini hanya dikesan di Singapura, kita masih tidak ada apa-apa kes dilaporkan sehingga kini... Baca Lagi
Berita 

5,000 penonton dijangka saksikan aksi Syria berdepan China

MELAKA, 12 Jun: Seramai 5,000 penonton dijangka menyaksikan aksi kelayakan Piala Dunia 2018 Kumpulan 2 antara Syria menentang China di Stadium Hang Jebat di Krubong di sini, malam esok.   Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata setakat ini lebih 3,000 tiket perlawanan berkenaan, yang sepak mula pada 10 malam, telah dijual secara dalam talian.   “Kita menjual tiket berkenaan bermula hari ini dari 10 pagi sehingga esok. Harga tiket adalah RM80 bagi tempat duduk utama manakala RM40 untuk tempat duduk terbuka.   “Kita menjangkakan lebih ramai penyokong China... Baca Lagi
Berita 

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar masih terima sokongan kuat meskipun terpalit kontroversi

KOTA TINGGI, 12 Jun:  Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kampung Lukut, dekat sini, masih menerima sokongan kuat dari ibu bapa dan masyarakat meskipun selepas terpalit dengan kontroversi ekoran kematian seorang pelajarnya baru-baru ini.   Pelajar Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi meninggal dunia selepas didakwa dipukul pembantu warden madrasah itu.   Pengetuanya Mohammad Afdhaluddin Ismail berkata jika melihat isu yang berlaku, ia merupakan sesuatu yang begitu menyedihkan pernah terjadi ke atas madrasah itu.   Bagaimanapun katanya, pihak madrasah menerima perkara itu sebagai pengajaran dan akan sentiasa memperbaiki kekurangan dari semasa ke... Baca Lagi
Berita 

Larian obor Sukan SEA 2017 rentasi Jambatan Batang Sadong

SIMUNJAN (Sarawak), 12 Jun: Larian Obor Sukan SEA 2017 (KL2017) bagi peringkat Bahagian Samarahan hari ini menyaksikan obor berkenaan dibawa sejauh 20 kilometer melibatkan tiga peringkat.   Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam ucapan berkata larian obor itu bertujuan menaikkan semangat rakyat memandangkan Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA.   "Sukan SEA di Kuala Lumpur tetapi semangat rakyat penting dari Arau, Perlis hingga Tawau, Sabah kita mahu rakyat bangkit bersama," katanya.     Peringkat pertama menyaksikan Khairy bersama... Baca Lagi
Berita 

TalentCorp buka peluang pelajar Malaysia jalani latihan industri di Indonesia

JAKARTA, 12 Jun: Mahasiswa Malaysia kini berpeluang menjalani latihan industri dengan syarikat terkemuka di Indonesia susulan pemetreraian memorandum persefahaman (MoU) antara Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp Malaysia) dan Kamar Dagang dan Industri Indonesia (KADIN) hari ini.   Ketua Eksekutif TalentCorp Malaysia Shareen Shariza Abdul Ghani berkata MoU itu dimeterai di bawah program ‘Latihan Amali MyASEAN’ sebagai sebahagian usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran belia Malaysia dan Indonesia mengenai Komuniti Ekonomi ASEAN.   “Program ini direka bentuk untuk menggalakkan mobiliti modal insan... Baca Lagi
Berita 

Rakyat Malaysia di Qatar tiada masalah pulang sambut Aidilfitri – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Rakyat Malaysia di Qatar tidak berdepan masalah untuk pulang ke tanah air bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.   Beliau bagaimanapun menasihati mereka yang sudah menempah tiket untuk pulang berhari raya agar memeriksa jadual penerbangan dan mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan di sana.   "Saya nasihatkan rakyat Malaysia di Qatar untuk periksa jadual penerbangan mereka kerana saya difahamkan ada obligation yang dikenakan Qatar Airways iaitu... Baca Lagi
1 1,373 1,374 1,375 1,376 1,377 1,385